Tuesday, June 2, 2009

Adoi.. Gigi Ku


Adoi... Pagi tadi aku nekad nak jumpa dentist, lama dah menanggung sakit gigi... Kalau kena cabut pun, cabutlah...
Then, bila tiba giliran aku, aku masuk dengan berdebar2... dah lama gila tak cabut gigi... last time aku rasa waktu sekolah rendah.. itu pun gigi susu yang nak di cabut... ni bila dah tua bangka ni.. adoi, tak terbayang macam mana sakitnya nanti...
Setelah diperiksa, doktor kata gigi aku tak der rosak, problemnye.. gigi aku dah fully tumbuh.. termasuk gigi geraham bongsu.. dan gigi2 bongsu tu telah menghimpit gusi dan kulit pipi dalam mulut.. tu yang sakit tu... dan satu2nyer jalan, aku cabut gigi bongsu tu ...
aku tadi dah nekad.. cabut2 pun cabutlah... dah selepas di X-ray gigi aku ni, utk melihat kedudukan akar.. doktor tu terus memulakan tugasnya... Selepas aku di inject dengan bius.. selang beberapa minit, sebelah mulut aku hingga ke telinga kiri dah kebas.. then, bila nak cabut tu, aku tengok doktor tu keluar kan tools cam screw driver mata rata... ngerinyer... dia tekan gigi tu utk melonggarkannya...
Then, setelah agak lama usaha doktor itu utk melonggarkan gigi tu, dia cuba mencabut... Tapi agak susah, doktor tu sendiri merungut, gigi aku ni kuat, (dalam hati, bangga aku dengar- yerlah, org kuat minum susu mesti kuat tulangnya).. dan disebabkan gigi aku yang kuat ni.. terjadilah tragedi ini... Gigi itu patah.. dan meninggalkan akarnya masih tertanam... Doktor tu dah gelabah sikit... Dia tengok balik x-ray gigi tu... mungkin dia tersalah tengok... akar gigi bongsu aku tu agak senget.. Jadi memang susah nak mencabut gigi tu bersama akar2 nyer skali.. Kemudian, dia cuba plak necabut akar tu... Dikorek2, di tekan2 utk melonggarkan akar tu...tak berjaya.. Last2 dia buat appoinment utk aku next week utk cabut akar ni... Adoi.... Takkan cam tu jer.. Sakit SIOT.....!!!!!!!!

0 comments: