Monday, June 22, 2009

Aku mohon maaf....

Hari ni aku tersedar satu perkara, kenapa life aku macam tak gembira.... Org lain tgk aku selalu senyum... Tapi hakikatnya, hati ini merana... dan aku sedar kenapa.... Aku kesepian... Sepi dari teman2...
Beberapa tahun yang lalu, hati ini telah terluka parah, bukan kerana sesiapa pun.. kerana diri ini sendiri.. yang tak matang dalam pemikiran, yang mana memikirkan kepentingan sendiri, perasaan sendiri... Aku terlalu menaruh harapan, hingga akhirnya aku khayal dalam harapan itu sendiri... Dan tiba-tiba, harapan itu jatuh, berkecai.. bersama aku yang turut berderai... Dan kononnya aku cuba menjadi tabah dengan melepaskan harapan aku dan berpura2 tidak apa... Tapi aku silap... kepura2an itu yang memakan diri ku...
Dan kerana hati yang terluka ini, tanpa aku sedar, aku telah melukakan beberapa orang teman, yang mana ku lihat berusaha mnyokong aku, tapi aku sisihkan... Walaupun sudah beberapa tahun perkara itu berlalu, tapi hari ini aku disedarkan oleh seorang teman yang baik dengan ku ketika suatu ketika dulu...
Terimbas kembali memori ku ketika aku masih di UKM... Terimbas juga segala perkara yang pernah aku dan mereka lakukan bersama.. makan bersama, bergurau senda, ketawa bersama dan menangis pun bersama.... Tapi kini sudah beberapa tahun ini, aku sendiri... tanpa mereka... yang menjauh bukan kerana komitmen lain, tapi kerana aku yang sisih tanpa sedari...
Kekadang aku cemburu melihat atau membaca kisah2 meraka yang masih rapat dengan teman2 lain walaupun, kini berada jauh dari pandangan.... Kalau boleh masa ini di putar kembali, aku ingin kembali ke zaman ceria yang pernah aku alami... tapi apakan daya, Life's must be go on.. FORWARD... dan kerana itu, BUAT TEMAN2...
AKU MEMOHON MAAF....

Tuesday, June 2, 2009

Adoi.. Gigi Ku


Adoi... Pagi tadi aku nekad nak jumpa dentist, lama dah menanggung sakit gigi... Kalau kena cabut pun, cabutlah...
Then, bila tiba giliran aku, aku masuk dengan berdebar2... dah lama gila tak cabut gigi... last time aku rasa waktu sekolah rendah.. itu pun gigi susu yang nak di cabut... ni bila dah tua bangka ni.. adoi, tak terbayang macam mana sakitnya nanti...
Setelah diperiksa, doktor kata gigi aku tak der rosak, problemnye.. gigi aku dah fully tumbuh.. termasuk gigi geraham bongsu.. dan gigi2 bongsu tu telah menghimpit gusi dan kulit pipi dalam mulut.. tu yang sakit tu... dan satu2nyer jalan, aku cabut gigi bongsu tu ...
aku tadi dah nekad.. cabut2 pun cabutlah... dah selepas di X-ray gigi aku ni, utk melihat kedudukan akar.. doktor tu terus memulakan tugasnya... Selepas aku di inject dengan bius.. selang beberapa minit, sebelah mulut aku hingga ke telinga kiri dah kebas.. then, bila nak cabut tu, aku tengok doktor tu keluar kan tools cam screw driver mata rata... ngerinyer... dia tekan gigi tu utk melonggarkannya...
Then, setelah agak lama usaha doktor itu utk melonggarkan gigi tu, dia cuba mencabut... Tapi agak susah, doktor tu sendiri merungut, gigi aku ni kuat, (dalam hati, bangga aku dengar- yerlah, org kuat minum susu mesti kuat tulangnya).. dan disebabkan gigi aku yang kuat ni.. terjadilah tragedi ini... Gigi itu patah.. dan meninggalkan akarnya masih tertanam... Doktor tu dah gelabah sikit... Dia tengok balik x-ray gigi tu... mungkin dia tersalah tengok... akar gigi bongsu aku tu agak senget.. Jadi memang susah nak mencabut gigi tu bersama akar2 nyer skali.. Kemudian, dia cuba plak necabut akar tu... Dikorek2, di tekan2 utk melonggarkan akar tu...tak berjaya.. Last2 dia buat appoinment utk aku next week utk cabut akar ni... Adoi.... Takkan cam tu jer.. Sakit SIOT.....!!!!!!!!

Tuesday, May 19, 2009

Alkisah seorang guru...

Aku ingin menceritakan sebuah kisah yang mana kita patut jadikan teladan buat guru-guru sekalian...
Kisah ini berlaku pada tepat tarikhnya hari guru.. 16hb Mei 2009, walaupun hari itu hari Sabtu, tapi hari itu, guru2 kebanyakan sekolah ada tugasnya... Datang ke Sekolah untu program perkembangan staff atau pun kemajuan staff (LADAP).. JAdi walupun kena datang hari Sabtu, kena datang sekolah, program itu boleh dikatakan sebagai majlis rasmi yang mana memerlukan guru-guru hadir seperti hari sekolah biasa....
Alkisah, adalah seorang hamba Allah ini (guru), yang mana beragama Islam datang ke program itu, tanpa segan silu memakai kemeja dan berskirt denim pendek. Aku dah mula menggelengkan kepala. Lpas tu, hamba Allah ni dengan rambut cam kena air karat, duduk menyilang kaki, punggung tu di sengetkan. dan ternampaklah sesuatu yang tak patut di tayangkan, apatah lagi di sekolah.. Astaghfirullah...
Aku memang agak terkejut dengan penampilannya, (itu pun aku tgk dengan mata sendiri), yang kengkawan bagitau, cikgi ni kalau datang sekolah, pakai baju kurung tak pernah butang baju, terdedah cam tu jer... Aku pun bertanya iyer ker...?
Jadi adalah satu ketika itu aku terserempak dengan cikgi ini, dan memang iya, butang baju kurung itu tidak di kancing nya.. terdedah lah..
Kerana kejadian itu, aku teringat blog kwn aku yang menyebut Guru KPLI dan DPLI menjahanamkan anak bangsa... Ingin ku risik adakah si cikgi ini tergolong dalam kelompok itu...Kalau cikgu macam ni, memang merosakkan, menjahanamkan anak bangsa...
Kita kalau menjadi guru, tak kira lah GSTT ker, KPLI ker dan DPLI ker, commitment terhadap kerja kena ada... bukan setakat siap kerja, mengajar.. kita ni guru, merupakan role model kepada anak2 pelajar... macam gak penyanyi, ada imej diorang yang menjadi ikutan, kita sebagai guru kena bina imej diri yang mana budak2 ingin ikut... bukan imej seksi. dedah sana-dedah sini....
Lagipun, kita menagajar mereka, mendidik mereka, untuk menajdi orang yang berilmu. berguna, bersikap baik dan macam2 macam lagi.. tapi layakkah kita nak didik anak2 itu sedangkan kita pun seperti sesat... Kita kat sekolah tegur budak rambut berwarna.. layakkah kita nak tegur kalau rambut kita pun berkarat... Kita nak tegur budak2 tak tutup aurat, layakkah kita nak tegur kalau kita sendiri dedah sana-dedah sini..
Wahai..!Wahai..!
Wahai guru-guru, ingatlah, pekerjaan kita ini orang pandang mulia, sedangkan ibu bapa pun tak larat nak ajar anaknya sorang, kita menajar anak orang lain beratus2 orang, jadi jangan lah cemarkan imej guru ini dengan pemikiran tak matang guru2 apatah lagi dalam isu yang saya bangkitkan ini.. Jagalah penampilan anda keran kita lah yang bertanggung jawab mendidik pemimpin masa depan...
Selamat Hari Guru..!!

Saturday, May 16, 2009

Buat mu Guru


SELAMAT HARI GURU!! Buat semua guru yang sentiasa berdedikasi dalam mendidik anak2 murid... Sempena Hari Guru ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar aku
1. Abah (walaupun bukan guru sebenar tapi mengajar aku pelbagai perkara)
2. Emak (memang guru) di rumah dan sekolah
3. Ustazah-ustazah Tadika Islam Nurul Ain (1989)
4.Guru2 Tmn Muda (1990-1995)
5. Ustaz dan Ustazah SRA Kg Cheras Bharu (1990-1995)
6. Guru-guru SMK Taman (1996-1998) Seraya
7. Guru-guru SMS PAsir Puteh (1999-2000)
8. Pensyarah2 KMPP
9. Pensyarah-pensyarah di UKM
dan last sekali.... senua guru-guru di dunia ini

Thursday, May 14, 2009

Aku marah, aku kasih

Agak lama tak menulis kat blog ni... Mati idea, bila idea ada, tenaga tak ada... Tapi kali ini, walaupun berat mata ni, aku masih mahu mengisi ruangan yang dah lama tak berisi....
Hari ni, dan semalam, berlaku peristiwa yang mana menyebabkan aku marah tapi aku turut kasihan.... Marah atas ketidak tanggung jawabnya mereka, kasihan kerana melihat tangisan rayu mereka.. Aduh... Bingung aku..
Alkisahnya.........
Semalam, setelah habis kelas yang terakhir, ketika aku berkemas untuk pulang, aku menyedari akan kehilangan sesuatu yang amat penting... Aku menjadi panik, mencari2, menyelak segala helaian yang bertimbun atas meja ku, segala fail ku bongkar.. Dimanakah ia? Hatiku berdebar....
Jangan-jangan....
Alamak, kertas soalan peperiksaan hilang....
Aku mencari lagi... Tidak mahu menerima tanggapan itu.. Ketika aku mencari, datang seorang pelajar bertanyakan pada aku, dan bertanya,
"Cikgu, exam sejarah masuk bab apa?"
Aku berasa pelik... Bukankah setiap kali aku masuk ke kelasnya, aku sebut bab berapa, berulang kali aku sebut... Aku renung ke matanya, dan aku memahami satu perkara.... 'Pelajar ini telah mencuri kertas soalan aku yang telah ku buat berminggu...'
Tapi aku senyapkan sahaja, tidak mahu menuduh melulu...Lalu aku menjawab pertanyaan itu... Kemudian ku lihat jam sudah hampir tamat waktu persekolahan, apa yang harus ku buat.. Soalan itu telah disemak dan aku perlu baiki untuk dihantar reso.. Aduh....
Pelajar tadi telah pun berlalu, tapi hati ku kuat berdetik menyatakan dialah penjenayah itu.. Aduh, apa yang harus kubuat...
Dalam kereta, aku menceritakan kejadian dan sangkaan aku kepada kwnku, Cik Aza. Dia pun setuju dengan sangkaan aku itu, sebab pelajar itu mmg suka selongkar meja cikgu2... Tapi aku tak boleh tuduh tanpa bukti...
Bukti? Ada, iaitu rakaman CCTV di bilik guru.... Tapi, kalau aku minta diulang tayang, mesti orang pejabat akan tanya kenapa... Aku tak mau perkara ini heboh, sebab susah pelajar itu, dan susah aku juga... Dan Cik Aza telah mencadangkan agar ditanya permasalahan ini kepada guru kelas pelajar itu... Baiklah, esok aku akan tanya pada cikgu itu...
Esoknya, aku berjumpa cikgu S untuk membincangkan masalah itu.. Cikgu S pun rasa sangkaan aku mungkin benar, lalu dia mengajak aku untuk menengok tayangan CCTV semalam... Aku hanya mengikut, sebab aku sendiri tidak pasti bagaimana ingin aku atasi masalah ini...
Dan ketika menonton tayangan itu, hati ku berharap agar tanggapan aku salah,selang 15 minit aku meninggalkan bilik guru (dalam tayangan itu), pelajar itu masuk lalu menuju ke meja aku tanpa membawa apa-apa ditangan dan diiringi 2 rakannya...Aku dah mula rasa sakit hati.. kemudian, dia meninggalkan bilik guru dengan buku nota ditangannya.. aduh.. Sah...!Selang beberapa minit, pelajar itu masuk lagi dengan buku itu, dan keluar pula tanpa apa-apa di tangan... Memang Sah.. Sahler dia itu penjenayah yang aku cari...
Setlah menonton tayangan itu, aku terus memanggil rakan subahatnya dahulu.. Aku soal siasat mereka.. pada mulanya mereka menidakkan, menafikan.. bila dsoal bertalu2 akhirnya mereka menceritakan perkara sebenar.. Rupanya, pelajar itu memang mengambil kertas soalan aku.. Aduh...
Aku panggil pulak si penjenayah itu, dengan muka tak bersalah, datang mengadap aku.... Bila ku soal, seperti rakannya tadai, menafikan.. tapi bila aku menunjukkan bukti CCTV, dia terkedu, akhirnya dia menagku... Kemudia dia salahkan kawannya, kata dia disuruh.. Siasat2 dia memang orang yang sanggup buat apa saja untuk berada di atas... Kawan2nya tadi dah nangis takut akan dikenakan tindakan... Tapi dah terlewat.. si penjenayah tadi masih dgn muka tak bersalah, mempertahankan dirinya dengan mengatakan," Saya baru pertama kali buat, cikgu"
Abis tu nak kena tunggu 5-6 kali buat baru boleh ambil tindakan.... Aku geram, nama mereka aku ambil, 2 org tadi dah merayu-rayu, bengkak2 mata agar, dimaafkan.. aku maafkan, tapi tindakan disiplin bukan bidang tugas aku...
Aku berasa kasihan melihat 2 orang kwnnya itu, si penjenayah pulak, terus telefon rumah nak minta parents tukarkan dia ke sekolah lain, biar yang 2 orang tadi menanggung akibatnya.. Hampeh....

Friday, February 6, 2009

Aku dan mereka

Dah lama gak tak update kan blog ni... Agak busy sejak menjdi GSTT kat sekolah menengah.. Sebelum ni kt Sekolah Rendah... Tension tu biasa lah... Sapa kerja tak tension... Penat tu, penat jugak.. Sapa kerja tak penat... Tapi aku rasa bahgia juga...
Dlm sekolah tu, aku ajar BI and sejarah.. Form 2... jadi form teacher gak... Alhamdulillah aku masih lagi berdiri tegak .. masih lagi berusaha... Cuma dalam seminggu 2 ni lbh bz dan lebih tertekan...
Aku jadi guru penasihat utk kelab BI, jd guru ajk PSS, jd guru rumah sukan... Penat... tp ntahler, rasa cam seronok... tp lpas ni aku tak boleh ngajar BI lg... diorg nak tarik subjek tu, bg kat cikgu lain.. sedih gak.. sbb aku GSTT, bukan cikgu opsyen english... so, agak susah lah...
Pg tadi ada Larian (merentas Desa), aku kena jaga check point.. uik penat btul, tp seronok... minggu depan plak, ada pelancaran program Nilam... aku start duty jaga library... minggu satu lagi perjumpaan utk kelab, dan juga sukantara... hujung bulan ada temasya sukan.. Uik, boleh kurus kalau cam ni....
tp bila penat2 ngajar ni, bila tgk masuk kelas sendiri hati rasa senang.... tgk wajah2 anak2 murid yang nak bermanja ngn kita...
Masalah? Mestilah ada, tp tak tau nak ngadu kt sapa...? Sebab tak semua paham... Biasalah bila GSTT, ada cikgu yang tak gemar, ada cikgu yang tak percaya kemampuan kita, ada yang ambil kesempatan... Lumrah manusia....(paham2 jerlah).. Tapi itu tak melunturkan semangat aku...
walaupun aku mengajar di sekolah yang dikatakan samseng no 1, tapi bagi aku, mereka hanyalah anak2 ataupun adik2 yang masih perlu dibimbing... Memang ada yang sudah berkurang ajar dengan aku ni, sudah menitik air mata ni, tak tahan melihat kelakuan anak bangsa sendiri, seagama lagi, biadap pada aku sebagai seorang guru... dah berbuih mulut ni menasihat... Moga2 mereka sedar... Aku tak sanggup nak memukul dan mencubit, segeram mana aku pun, aku tak sanggup... Lgpun bagi aku, mereka seolah biasa dengan kesakitan fizikal ni.... Jd aku akn cuba menggunakkan psikologi....
Hmm... Aku tak tau nak tulis apa lagi... Berat mata ni.. Penat... Tapi bak kata bah aku, kerja mana yang tak penat..

Thursday, January 22, 2009

I'm Fallin In Love 2

Hati ku berbunga-bunga indah..
Senyum ku sentiasa terukir di bibirku,
Aduh, matanya menusuk kalbu, Senyumnya membunuh jiwaku...
Aduh....
Awat aku jiwang karat ni...? Bukannya apa, tadi baru lepas tengok Rona Roni Makaroni, tersenyum2 aku dibuatnya.. aduh sweet ....
Agaknya, bila lah aku nak dapat teman yang begitu.. tapi takderlah smpi menari-nari..
Citer kali ni, benar2 menyentuh kalbu... Aku teringat dulu, aku pernah buat apa yang Rona buat.. Cakap sorg2 kat diri sendiri, yang aku ni tak layak utk 'si dia', sapa lah aku ni, rupa tak seberapa, badan pun dah naik tembam, otak pun tak baper geliga, sapa lah nak pompuan camni.... Tapi itu dulu lah,
Skang aku cuba mengubah tanggapan aku itu... Semua orang ada keistimewaan sendiri, keunikan sendiri, kelebihan sendiri... Tang kelebihan itu, hi..hi.. memang 'terlebih' isi.... Tapi aku terima...
Keunikan aku... Hmm.. aku pun masih dalam pencarian, tapi aku rasa personaliti aku yang agak cute yang berjaya menarik perhatian bdak2 sekolah kot... (bangga diri..)Maksud aku bukan menarik perhatian cam ngorat.. tapi menarik diorang utk berkawan dan bermesra dengan aku sebagai cikgu... Well, bukan aku nak perasan, tapi kita sendiri yang kena sedar apa keunikan dan keistimewaan kita..